Tuesday, March 30, 2010

Mesej Dan Ucapan Guru Besar

Posted on/at 7:17 AM by sk holy cross

PUAN CECILIA LAWRENCE

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia
Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas usaha murni dan inisiatif staf sekolah ini dalam usaha merealisasikan matlamat dan hasrat bersama untuk menyahut cabaran yang ada hubungkaitnya dengan pelaksanaan Program Sekolah Rakan Alam Sekitar [SERASI] di SK Holy Cross ini.

Kerjasama warga kerja SK Holy Cross, murid dan masyarakat di kampung ini begitu memberangsangkan dan membanggakan. Ini memberikan satu petanda bahawa pelaksanaan program ini akan menampakkan hasilnya yang kelak akan dapat dimiliki dan dikongsi bersama pada suatu ketika nanti.

Pihak pengurusan sekolah juga merakamkan penghargaan kepada JPN kerana memberikan kepercayaan kepada sekolah ini untuk menjadi salah sebuah daripada beberapa buah sekolah yang lain diamanahkan untuk melaksanakan program seumpama ini.

Sesungguhnya blog yang disediakan ini adalah tapak atau halaman yang akan digunakan untuk mendokumentasikan segala perkembangan, kegiatan dan aktiviti yang berkaitan dengan SERASI di SK Holy Cross Beluran. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara individu atau dalam kumpulan yang terlibat menyumbangkan tenaga, buah fikiran, sokongan, teknikal dan yang melibatkan material dan kewangan dalam usaha menjayakan Program SERASI ini.

Sekian dan terima kasih.

0 ulasan:

Post a Comment